TAJUK 4

BAHAN SASTERA

prosa klasik


LEBAI MALANG

Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka didalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal disebuag dusun.

Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki kerumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu puj disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah kerumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga kerumahnya. 

Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.

Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir didalam hatinya, kemana baik aku pergi ini? Jika aku pergikepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain.

Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah kerumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya.

Maka Pak Lebai pun pergilah pula kerumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai kesana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu, katanya, ah, ah ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali.

Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju kerumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai kesana, orang baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis.

Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang kerumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah kekampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya diatas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah kepohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempat iaa memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira.

Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya dibawah itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.

Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun masuklah kedalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun oleh tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka sianjing sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itu dengan pantasnya masuk kedalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu kesana kemari.

Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk kedalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badanya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik keatas pohon kayu yang berhampiran disitu. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala pekara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.

Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia kepohon kabung mencari goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.

Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Kemana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku keatas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya kebelakang Pak Lebai seraya berkata:

‘ Lebai nasib langkahan malang ,
Kehulu hilir penat berulang
Celaka sial bedebah jembalang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.' 

Maka Pak Lebai pun lari masuk kedalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:

‘ Ayuhai nasib fikir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.
Penat berkejar tidak terkira,
Kesana kemari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang kerumah mendapat mara.' 

Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.


prosa moden
                                                KEBAYA PENDEK WARNA BIRU 

HARI RAYA menjelang lagi. Aku masih seperti dulu, berkebaya pendek, pastinyabewarna biru. Sudah empat tahun aku berhari raya dengan berkebaya pendek. Ramai yang merasa pelik dengan sikapku. Kaum keluarga tidak putus-putus menanyakan tentang bajuku yang seolah-olah tidak bertukar saban tahun. Biarlah ibu bertanya, biar Kak Long dan Kak Ngah mencebik baju baruku. Yang penting aku puas. Hanya aku yang mengerti apa yang aku lakukan. Setiap tahun aku bertukar baju. Cuma warna dan fesyennya sahaja yang tidak berubah. Kerana apa? Kerana aku tidak pernah berubah. Sama seperti kasih sayang yang pernah aku tanamkan. Tak mungkin hati aku akan berubah.Lamunanku terhenti apabila mendengar bunyi deruan enjin kereta. Aku mengintai daripada jendela rumahku. Sebuah kereta Mercedes berwarna hitam megah berteduh di bawah pepohon ceri. Dua buah kereta mewah mengekori Mercedes hitam. Aku tahu siapa yang bertandang ke rumahku. Sudah lama mereka tidak ke mari. Biasanya hari raya beginilah baru berpeluang untuk bertandang ke rumah saudara mara.
"Mak! Mak Long, Kak Midah, Abang Halim dengan Kak Rina datang."
Aku menjerit kecil memanggil ibu yang sibuk di dapur. Sementara itu aku menyambut Mak Long dan anak beranaknya di muka pintu.
"Pak Long, Mak Long, Kak Midah, Kak Rina, Abang Halim Abang Man masuklah. Dah lama tak datang. Eh.. eh Suffian, Jeffri dengan Nina pun ada. Masuklah".
Aku tersenyum. Kuhulur salam kepada semua yang bertandang.
"Hai Su, apa khabar". Sapa Mak Long sambil menjeling ke arahku.

"Baik,"

aku hanya tersenyum tawar. Aku bagaikan sudah terfikir apa yang bakal
tersembur keluar dari bibir Mak Long Eton. Aku hanya tertunduk, malas untuk bertembung mata dengannya. Takut benci tumbuh menjalar ke dalam diri.

"Dah muak aku tengok baju kau ni Su. Kau tak beli baju raya ke? Nak kata tak berduit, kerja cikgu!" sindir Mak Long.
Aku hanya terdiam. Bibirku bagai terpaku. Biarlah Mak Long fikir apa saja tentang diriku. Aku tidak mahu kemesraan yang mula terjalin antara keluargaku dengan Mak Long terlerai begitu saja. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali aku diaibkan. Ibuku merana dan keluargaku menanggung malu sepanjang tahun. Aku ingin terus berlalu. Tapi Mak Long seakan tidak mahu melepaskan aku. Mungkin dia belum puas menyakiti hatiku.

"Su, kau ni bila lagi nak berumahtangga? Umur dah lanjut. Nak kata tak cantik, ramai yang cuba nak dekat. Takkan kau nak tunggu putera raja kot?"
Bersirap darahku mendengar sindiran Mak Long. Tak mengapalah, aku masih mampu bersabar. Bersabarkan separuh daripada iman. Biarlah Mak Long terus menghinaku. Dia masih berdendam dengan aku agaknya. Bisik hati kecilku. Bohonglah jika aku katakan aku tidak sedikitpun menyimpan perasaaan terhadap kata-kata Mak Long Eton. Telah lama hati aku membengkak. Hari ini aku dapat rasakan hatiku kian bernanah. Tapi aku masih mampu bersabar dan InsyaAllah aku akan terus bersabar. Aku masih ingat pesanan kekasih hatiku.
"Su, Su mesti janji dengan abang, Su mesti bersabar, Su jangan mengalah dengan caci maki orang, Su jangan melatah dengan sindiran dan Su jangan terpedaya dengan pujukan orang. Su mesti bersabar, Su mesti tunggu abang, walau apa cara sekalipun Su. Su mesti!"
"InsyaAllah abang, Su akan cuba." Sememangnya telah lama Su mencuba dan sehingga kini Su telah berjaya di dalam percubaan Su. Tapi Su bingung! Bingung memikirkan abang!

"Su! apa kena dengan kau ni kita becakap dengan dia, dia boleh buat tak dengar pula!

Kau tak suka aku datang ke? Kalau dah macam tu kau cakap jelah. Jangan aku bercakap mata kau ke bawah, telinga kau tutup, fikiran kau melayang," bentak Mak Long mematikan lamunanku.
"Ish Mak Long ni. Bukan begitu maksud Su. Su, Mak, kakak dan abang memang seronok bila Mak Long datang ke rumah. Sampai hati Mak Long cakap macam tu."
Nada suaraku mula menurun. Ada getar tangis di dalamnya. Tapi kucuba untuk membuatkan nada tangisku tidak kedengaran begitu ketara. Tetapi jika pendengaran Mak Long tajam, pasti dia dapat mengagak aku sedang merintih di dalam hati.

"Dah lah Mak long, jom kita masuk ke sana. Tahun ni Su tak buat banyak kuih, tapi kuih samperit tetap ada. Mak Long suka kuih samperit kan?" aku cuba menjernihkan keadaan.

"Ha...ah!" Mak Long menjawab malas sambil mengekoriku ke ruang tamu yang telah tersedia juadah hari raya.
"Kak Long," ibu yang tampak berseri-seri dengan kebaya labuh berwarna hijau pilihanku itu bergegas-gegas menyambut kedatangan satu-satunya kakak kesayangannya. Begitulah kasih ibuku kepada Mak Long. Maklumlah dia sajalah saudara kandung ibuku. Buruk baik Mak Long terpaksa ditelan jua. Bukan aku tidak tahu, ibu terlalu sayangkan Mak Long. Apa-apa hal sekalipun ibu akan mengalah jika lawannya ialah Mak Long. Cuma Mak Long yang tidak pernah menghargai pengorbanan ibu. Ibu diperlakukan sesuka hati Mak Long. Apatah lagi kelima-lima anak Mak Long semuanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan menjawat jawatan tinggi. Mudahlah Mak Long memperkotak-katikkan ibu. Aku sudah muak dengan sikap Mak Long. Tetapi apa yang mampu ku lakukan. Ibuku hanyalah manusia biasa. Kehidupan ibu yang sentiasa dirundung malang mungkin salah satu penyebab dua orang abangku tidak berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Bagaimanapun, aku merasa bangga kerana akhirnya aku mampu menjejak kaki ke salah sebuah pusat pengajian tinggi di bandar berkat dorongan dan kesabaran ibu. Aku masih ingat dua bulan sebelum pemergianku ke sana, aku bertemu dengan abang Lan. Banyak nasihat dan peringatan yang diberikan kepadaku. Sehingga kini aku masih menyimpan kemas kata-katanya jauh ke dalam kotak hatiku.
Abang Lan turut menghadiahkan sehelai sejadah berwarna biru dan sepasang telekung untukku. Aku menerimanya dengan hati yang gembira. Dalam kegembiraanku itu, aku juga merasa sayu untuk berpisah dengan abang Lan. Apatah lagi apabila abang Lan menyatakan hasratnya untuk menyambung belajar di negara matahari terbit dalam masa terdekat. Aku bagaikan dapat meneka bahawa aku tidak dapat bertemu dengannya untuk kali terakhir kerana pada ketika itu aku pasti sibuk dengan pelajaranku. Tidak semena-mena air mataku jatuh berguguran. Satu persatu manik jernih membasahi pipiku. Ingin
kuseka airmata yang berguguran itu, tetapi abang Lan terlebih dahulu berbuat demikian.

Kubiarkan sahaja abang Lan menyentuh mesra pipi gebuku. Aku lupa pada dosa, aku lupa pada ibu yang bertungkus lumus membesarkan aku setelah arwah ayah meninggal dunia sewaktu aku baru mula belajar bertatih. Aku lupa pada akhirat. Apa yang kuingat pada ketika dan saat itu hanyalah Abang Lan. Aku tidak sanggup berpisah dengan Abang Lan. Airmataku bagaikan tidak tertahan lagi. Aku terpaksa membiarkan ia membasahi jemari abang Lan yang masih setia memenyeka lembut titisan
kasih-sayangku.
"Su, bagaimana kalau abang hantar rombongan meminang ke rumah Su? Su setuju tak?"

Biarlah kita ada ikatan yang sah sebelum kita berpisah. Abang Lan takut sesuatu yang buruk akan terjadi selama perpisahan kita. Su, Setuju tak?" Abang Lan mencengkam erat wajahku sambil memandang tepat mataku yang semakin berair.
"Abang, Su.... " Selebihnya aku hanya tersenyum. Senyuman di dalam tangis.

"Cantik Su senyum", Aku tertunduk malu. Tidak mampu kulihat panahan cinta daripada anak matanya lagi.
"Abang... sudah lama Su di sini, Su rasa elok Su balik nanti mak tercari-cari pulak.
Jangan lupa janji abang ya!"
Aku bingkas bangun meninggalkan Abang Lan yang masih menagih kasih daripadaku. Aku tahu dia mengerti dengan kegembiraanku ini. Aku mengerti Abang Lan faham dengan kehendak dan kemahuanku. Aku berlari girang.
Terasa seluruh dunia ini telahpun menjadi milikku. Milik aku....dan
juga Abang Lan. Ah... malu bila kukenangkan kembali peristiwa manis itu.
"Su! Apa yang kau tercegat lagi di situ. Pergilah sediakan ketupat untuk Mak Long. Pak Long kau pun dah tak sabar-sabar nak rasa rendang yang kau masak. Hai... Kak Long macam tulah si Su tu, asyik mengelamun tak sudah-sudah. Suruh kahwin tak nak. Bukan tak ada yang masuk meminang. Semua dia tolak mentah-mentah. Usu pun tak faham dengan sikap dia". lancar bicara ibu menceritakan karenahku.
"Tunggu anak rajalah si Su tu Mak Su." Amboi, berdesing telinga aku mendengar usikan Kak Midah menantu kesayangan Mak Long. Tapi aku seperti biasalah, sabar tak sudah.Aku terus mengatur langkahku malas menuju ke dapur. Banyak kerja yang hendak kubuat daripada melayan cakap-cakap mereka yang tidak berasas itu, bisik hati kecilku. Keriuhan suara anak saudaraku makin jelas terdengar. Aku yang sejak tadi berteleku mendengar perbualan ibuku dengan Mak Long dan anak-anaknya hanya mampu tersenyum tanpa memahami butir bicara yang diperbualkan. Biarlah. Membisu lebih baik daripada bersuara kerana ada kalanya bersuara itu bisa mendatangkan masalah jika tiada
hadnya.
Tiba-tiba fikiran merasa sedikit terganggu apabila mendengar nama Abang Lan
diperbualkan. Aku yang tidak berminat untuk mendengar perbualan mereka mula tertarik untuk mengikutinya
"Lan sekarang dah nak habis belajar. Katanya tiga minggu lagi baliklah dia. Lepas ni Kak Long kena cari menantu lah pulak. Lan tu bukannya tahu nak cari sendiri. Semuanya Kak Long lah yang kena uruskan," lancar mulut Mak Long bercerita tentang abang Lan.
"Macam tulah Mak Usu, kalau dah anak mak, manja pulak, semua nak mak yang
pilihkan," sindir Kak Rina menjeling tajam ke arahku.

"Bagus lah tu Kak Long. Barulah kena dengan selera Kak Long. Kak Long dah pilih ke? Siapa orangnya?" tanya ibuku bagaikan berpura-pura.
"Ha.. Kak Long dah risikkan untuk Lan anak Pak Lah Kampung Pinang. Cantik orangnya berbudi bahasa, berpangkat pula tu. Cuma sekarang ni, Kak Long tunggu Lan balik saja.Kalau dia setuju Kak Long tak mahu berlengah lagi. Maklumlah Lan pun bakal menjawat jawatan besar, buat apa nak tunggu lagi," jelas terdengar suara riak Mak Long ke corong telingaku. Biarlah. Jika itu kemahuan Mak Long, jika itu kemahuan Abang Lan aku hanya mampu akur.
Aku tidak menyesal dengan penantianku selama ini. Sememangnya Mak Long tidak pernah menyukaiku. Kehadiran Mak Long pada hari inipun hanyalah semata-mata untuk menyakitkan hatiku yang semakin bernanah. Tepat sekali tekaanku. Mak Long, tidak cukupkah seksaan yang aku alami selama ini. Fikiranku kembali melayang teringatkan Abang Lan.
"Su, abang minta maaf kerana abang tidak berdaya untuk menunaikan janji abang kepada Su. Tapi kasih sayang abang terhadap Su masih tidak berubah. Biarlah Mak Long tidak merestui kita tetapi abang amat berharap agar Su dapat bersabar. Tak lama Su, hanya empat tahun. Abang berjanji suatu hari abang akan pulang untuk menunaikan janji abang. Ketika itu abang akan pastikan kita berdua akan disatukan. Mak Long tidak berhak untuk menentukan hidup abang! Su mesti ingat. Abang pasti akan kembali untuk menyunting Su untuk dijadikan suri hidup Abang. Su hanya perlu menunggu. Sanggup tak?"
Aku hanya mengangguk lesu. Aku bangun malas daripada bangku buluh, tempat pertemuan aku dan bang Lan. Ku atur langkah perlahan-lahan. Kegembiraanku di awal pertemuan kini telah hancur berderai.Kini retak-retak kekecewaan makin terpancar di kaca mataku. Abang Lan masih mengekoriku dengan ekor matanya. Aku tahu dia faham akan penderitaanku. Aku menoleh ke arahnya. Kulihat wajahnya juga diselubungi duka. Hanya kami berdua yang bisa mengerti kesedihaan dan kekecewaan itu.
Ibuku pasti tidak akan mengerti. Mak Long pula sudah pasti enggan mengerti. Teruk ibuku dimaki hamun setelah Abang Lan menyatakan hasrat hatinya untuk mengambilku sebagai isterinya. Mujur ibuku hanya mendiamkan diri. Biasalah... ibu sentiasa mengalah jika lawannya adalah Mak Long, kakak kesayangannya.
"Su. Abang suka Su berbaju kebaya pendek. Apatah lagi kalau warnanya biru laut sesuai dengan kelembutan peribadi Su."
 Aku hanya mampu tersenyum pahit pada ketika itu. Sedikit rasa bangga tersembul di balik sanubariku. Tapi mungkin masanya tidak sesuai. Aku masih tertunduk pilu. Kaki menguis butiran pasir. Menanti butir bicara Abang Lan ibarat menanti bulan jatuh ke ribaanku. Namun aku tetap menunggu. Moga ada bicara Abang Lan yang bisa mengubat kekecewaanku.
"Ni untuk Su. Walaupun Abang tidak dapat pulang hari raya kali ini, Abang harap Su akan memakainya. Itupun jika Su masih sayang dan percayakan Abang."
Kulihat Abang Lan menghulurkan sepasang kebaya pendek berkain batik lepas kepadaku. Warnanya biru laut. Warna kesukaan Abang Lan.
"Terima kasih Abang."  
Aku terus berlari pulang. Ingin aku terbang supaya aku cepatsampai ke bilikku. Aku ingin menghenyakkan tubuhku yang malang ini sekuat-kuatnya ke tilam empukku. Aku ingin menangis sepuas-puasnya. Biar hilang kesedihanku ini.

"Hai Su, tak habis lagi kau mengelamun. Kami dah nak balik dah pun." Sekali lagi lamunanku terhenti mendengar bicara Mak Long.

"Eh Mak Long dah nak balik?"

"Ye lah kau tu yang menyombong aje. Bukan selalu aku datang, sepatah haram kau tak nak cakap dengan aku."

Lancang sungguh mulut Mak Long menghukumku.
"Ish Mak Long ni. Tak lah. Su suka Mak Long datang. Ibu tu lagilah rindu dengan Mak Long."
 Aku mencuba sedaya upaya untuk membetulkan keadaan sambil menyambut
mesra salam Mak Long. Kemeriahan hari raya telah lama berlalu. Seperti biasa aku berhari raya dengan penuh harapan. Harapan untuk bersama Abang Lan. Tapi kini aku rasakan harapanku semakin berkecai. Aku sendiri tidak pasti apakah Abang Lan masih menyintaiku. Apatah lagi kehadiran Mak Long yang bersemangat menceritakan tentang menantu pilihannya. Sedikit sebanyak aku merasa tergugat dengan keyakinan, pendirian dan kesabaranku sendiri. Sudah lama aku dan Abang Lan tidak berhubung, apatah lagi bersua muka. Aku hanya ada keyakinan. Dan aku percaya kepada keyakinanku. Tapi
kini.....
"Su!"
 Aku kenal suara itu, itulah suara yang aku tunggu-tunggu, suara yang aku rindu dan suara yang telah lama tidak menghiasi corong telingaku. Aku berlari ke muka pintu. Ku lihat sekujur tubuh berdiri tegak di halaman rumahku. Di tangannya ada bungkusan plastik berwarna kuning. Aku terasa seperti ingin memeluk tubuh sasa itu. Tapi apa kan dayaku. Aku mencuba sedaya upaya untuk mengawal diriku daripada memperlihatkan kerinduanku yang semakin tidak tertahan-tahan.
"A.. . ba... bang La... lan." Suaraku semakin tersekat.

"Assalamualaikum Su. Selamat Hari Raya Su. Apa khabar? Su sihat? Lama abang tak  pandang wajah Su." Galak Abang Lan bertanya tentang diriku.

"Baik. Masuklah abang. Ibu ada di dalam."

"Ibu, Abang Lan datang!" Aku menjerit memanggil ibu. Ada nada kegembiraan di situ.

Belum pun sempat abang Lan melangkah masuk, dia menarik tanganku.

"Su, ingat lagi janji abang? Abang akan kotakan biar apa sekali terjadi. Mak Long
sekalipun takkan dapat pisahkan kita kali ini Su!"
Aku tersenyum puas. "Su, ni untuk Su." Abang Lan menghulurkan bungkusan plastik berwarna kuning yang dibawanya kepadaku. Pantas aku mencapainya. Pasti sepasang baju kebaya pendek berwarna biru yang abang Lan hadiahkan untukku. Aku tersenyum riang.
"Eh Lan.... masuklah. Apa yang kau tercegat lagi di situ." Riuh ibuku menyambut bakal menantunya. Bisik hati kecilku.
"Marilah masuk bang." Suaraku semakin penuh harapan. Aku pasti kali ini jodohku dengan Abang Lan semakin hampir, hanya menunggu masa dan ketikanya sahaja. Onak dan duri yang bakal kami tempuhi tak bisa menghalang hasrat kami untuk bersama


puisi moden


 SAJAK

IBUKU

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini



 
PELUDAH BAHASA

A. SAMAD SAID

Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan dasa-
insan harapan kerdip pertama yang bakal bersinar sebagai pendakwah.
Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.
Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.
Tapi, kuasa tersangat nikmatnya-darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya – semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.
Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.



PEMBELI MASA SUDAH

Penyair ialah pengunjung pasar kisah
peraih pengalaman
dan pembeli masa sudah.
Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
dengan kembara dan deria
yang kian memberat di pundakku.
Kulalui lorong-lorong hari sepiku
dari gelisah ke payah
dari sedih ke perih.
Di pasar yang dihingari kisah ini
aku dipanggil peraih cerewet
pemilih yang sukar membuat pilihan
pembeli yang keliru dengan tawaran.
Kerana aku pemilih ruwet
akur harus hati-hati;
pilihan menonjolkan mutu
dan mutu memantulkan peribadi.
Aku pembeli masalah orang
menyusunnya menjadi kata-kata
dan menjualnya kepada pemikir.
Aku juga kadang-kadang pembeli
masalah dan masa sudah sendiri.
Tidak seperti ikan dan sayuran,
masa sudahku lebih mahal
sesudah senja dan murah
di sebelah pagi.




puisi tradisional 


GURINDAM 12 RAJA ALI HAJI

Gurindam 12 – Fasal 1
barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
barang siapa mengenal yang empat maka yaitulah orang yang makrifat
barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri
barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya
barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudharat
Gurindam 12 – Fasal 2
barang siapa mengenal yang tersebut
tahulah ia makna takut
barang siapa meninggalkan sembahyang
seperti rumah tiada bertiang
barang siapa meninggalkan puasa
tidaklah mendapat dua termasa
barang siapa meninggalkan zakat
tiada hartanya beroleh berkat
barang siapa meninggalkan haji
tiadalah ia menyempurnakan janji
Gurindam 12 – Fasal 3
apabila terpelihara mata
sedikitlah cita-cita
apabila terpelihara kuping
khabar yang jahat tiadalah damping
apabila terpelihara lidah
niscaya dapat daripadanya faedah
bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
daripada segala berat dan ringan
apabila perut terlalu penuh
keluarlah fi‘il yang tiada senonoh
anggota tengah hendaklah ingat
di situlah banyak orang yang hilang semangat
hendaklah peliharakan kaki
daripada berjalan yang membawa rugi
Gurindam 12 – Fasal 4
hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun rubuh
apabila dengki sudah bertanah
datang daripadanya beberapa anak panah
mengumpat dan memuji hendaklah pikir
di situlah banyak orang yang tergelincir
pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala
jika sedikit pun berbuat bohong
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
tanda orang yang amat celaka
aib dirinya tiada ia sangka
bakhil jangan diberi singgah
itulah perompak yang amat gagah
barang siapa yang sudah besar
janganlah kelakuannya membuat kasar
barang siapa perkataan kotor
mulutnya itu umpama ketor
di manatah tahu salah diri
jika tiada orang lain yang berperi
pekerjaan takbur jangan direpih
sebelum mati didapat juga sepih
Gurindam 12 – Fasal 5
jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa
jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia
jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia
jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu
jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal
jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
Gurindam 12 – Fasal 6
cahari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan obat
cahari olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru
cahari olehmu akan isteri
yang boleh menyerahkan diri
cahari olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan
cahari olehmu akan abdi
yang ada baik sedikit budi
Gurindam 12 – Fasal 7
apabila banyak berkata-kata
di situlah jalan masuk dusta
apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampirkan duka
apabila kita kurang siasat
itulah tanda pekerjaan hendak sesat
apabila anak tidak dilatih
jika besar bapanya letih
apabila banyak mencacat orang
itulah tanda dirinya kurang
apabila orang yang banyak tidur
sia-sia sahajalah umur
apabila mendengar akan khabar
menerimanya itu hendaklah sabar
apabila mendengar akan aduan
membicarakannya itu hendaklah cemburuan
apabila perkataan yang lemah lembut
lekaslah segala orang mengikut
apabila perkataan yang amat kasar
lekaslah orang sekalian gusar
apabila pekerjaan yang amat benar
tiada boleh orang berbuat honar
Gurindam 12 – Fasal 8
barang siapa khianat akan dirinya
apalagi kepada lainnya
kepada dirinya ia aniaya
orang itu jangan engkau percaya
lidah suka membenarkan dirinya
daripada yang lain dapat kesalahannya
daripada memuji diri hendaklah sabar
biar daripada orang datangnya khabar
orang yang suka menampakkan jasa
setengah daripada syirik mengaku kuasa
kejahatan diri sembunyikan
kebajikan diri diamkan
keaiban orang jangan dibuka
keaiban diri hendaklah sangka
Gurindam 12 – Fasal 9
tahu pekerjaan tak baik tapi dikerjakan
bukannya manusia ia itulah syaitan
kejahatan seorang perempuan tua
itulah iblis punya penggawa
kepada segala hamba-hamba raja
di situlah syaitan tempatnya manja
kebanyakan orang yang muda-muda
di situlah syaitan tempat bergoda
perkumpulan laki-laki dengan perempuan
di situlah syaitan punya jamuan
adapun orang tua yang hemat
syaitan tak suka membuat sahabat
jika orang muda kuat berguru
dengan syaitan jadi berseteru
Gurindam 12 – Fasal 10
dengan bapa jangan durhaka
supaya Allah tidak murka
dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat
dengan anak janganlah lalai
supaya boleh naik ke tengah balai
dengan isteri dan gundik janganlah alpa
supaya kemaluan jangan menerpa
dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kapil
Gurindam 12 – Fasal 11
hendaklah berjasa
kepada yang sebangsa
hendaklah jadi kepala
buang perangai yang cela
hendak memegang amanat
buanglah khianat
hendak marah
dahulukan hujjah
hendak dimalui
jangan memalui
hendak ramai
murahkan perangai
Gurindam 12 – Fasal 12
raja mufakat dengan menteri
seperti kebun berpagar duri
betul hati kepada raja
tanda jadi sebarang kerja
hukum adil atas rakyat
tanda raja beroleh inayat
kasihkan orang yang berilmu
tanda rahmat atas dirimu
hormat akan orang yang pandai
tanda mengenal kasa dan cindai
ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti
akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta



SYAIR DANDAN SETIA DAN INTAN TERPILIH

Dendam berahi namanya desa,
Mendam perasat raja perkasa,
Rakyatnya banyak berketi laksa,
Bersuka-suka setiap masa.

Riuh-rendah nobat nafiri,
Semuanya konon berbunyi sendiri,
Hairan tercengan isi negeri,
Apakah ada demikian peri.

Air pasang penuh rata,
Melambak sampai di kakinya kota,
Bunyi-bunyian gegak gempita,
Segala bunga kembanglah rata.

Berbunyilah genta di Gunung Dendam,
Di tempat padang berbunyi meriam,
Bahananya gunung sangat menderam,
Isi negerinya tercenganglah diam.

Adapun akan di dalam istana,
Permaisuri Lela Mengerna,
Di dalam kecoh terlalu kena,
Ia pun bersalin dengan sempurna.

Seorang laki-laki konon khabarnya,
Terlalu sekali baik parasnya,
Gilang-gemilang nur wajahnya,
Tak sempat disambut oleh bidannya.



 PANTUN

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
**********
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
**********
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
**********
Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah
**********
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan
**********
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
**********
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
**********
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
**********
Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********
Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal
**********
Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan
**********
Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum
**********
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
**********
Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana
**********
Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang
**********
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa
**********
Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
**********
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
**********
Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
**********
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
**********
Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya
**********
Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula
**********
Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak
**********
Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
**********
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
**********
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang
**********
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
**********
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
**********
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
**********
Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan
**********
Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai
**********
Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan
**********
Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang
**********
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
**********
Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan
**********
Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
**********
Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
**********
Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung
**********
Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis
**********
Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati
**********
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga
**********
Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang
**********
Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
**********
Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya
**********
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
**********
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
**********
Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau
**********
lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut
**********
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
**********
saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati
**********
burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi
**********
batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari
**********
daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih
**********
Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati
**********
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
**********
Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
**********
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung
***********
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang
**********
Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari
**********
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
**********
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
**********
  Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
**********
Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?
**********
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan







BAHAN TATABAHASA

morfologi


  Apakah morfologi? 
  • Satu  cabang ilmu linguistik yang merujuk kepada  kajian tatakata yakni bagaimana kata dibentuk.
  •  
Kajian  terbahagi kepada dua: 
  • morfem:
  • bebas  terikat

  • kata:
  • akar  terbitan


KATA  TUNGGAL 
  • Kata  dasar, yakni kata yang tidak menerima  apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar  yang lain.
  • Contoh:
  • itu, bakal, ke.

JENIS  KATA TUNGGAL 
  • i. Unit bebas
  • Contoh: saya

  • ii. Kata tugas
  • Contoh: di, ke, pada.

  • iii. Kata akronim
  • Kata yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan utuh. Contoh: pawagam (panggung wayang gambar)

 
TIGA  CARA MENULIS AKRONIM 
  • i.   Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata  yang disingkatkan keseluruhan tulisannya dengan  huruf besar.
  • Contoh:
  • ABIM - Angkatan Belia Islam     Malaysia

  
TIGA  CARA MENULIS AKRONIM  
  • ii.   Gabungan huruf awal dan atau suku kata  ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya,  jika bukan nama khas.  Contoh:
  • tabika  - taman bimbingan kanak-    kanak
  • lurang - lubang orang

 
TIGA  CARA MENULIS AKRONIM 
  • iii.   Gabungan huruf awal dan atau suku kata  itu menjadi nama khas, kata itu ditulis  bermula dengan huruf besar.  Contoh:
  • Mara - Majlis Amanah Rakyat



 
2. KATA TERBITAN 
  • Bentuk  kata yang mengandungi kata dasar yang  menerima imbuhan
  • Contoh:
  • Berlari
  • memasak

3. KATA MAJMUK 
  • Kata  yang wujud apabila dua kata dasar atau  lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis  yang membawa makna tertentu.  Contoh:
  • bumiputera, air mata.
  
      JENIS-JENIS  KATA MAJMUK 
  • i. rangkaian kata bebas:
  • biru laut  jalan raya ketua menteri
  • nasi minyak Raja Muda

 
JENIS-JENIS  KATA MAJMUK 
  • ii.  istilah khusus
  • model linear
  • telefon dail terus
  • pita suara 
JENIS-JENIS  KATA MAJMUK 
  • Iii.  kiasan
  • buah hati
  • manis mulut
  • ringan tulang
  • berat tangan

PENJAMAKAN  KATA MAJMUK/KATA GABUNG 
  • Hanya  perkataan pertama yang terlibat.  Contoh:
  • alat tulis menjadi alat-alat tulis
  • pasar raya menjadi pasar-pasar raya
     
KEKECUALIAN 
  • Penggandaan  yang melibatkan simpulan bahasa dan kata yang telah mantap, penggandaan melibatkan keseluruhan kata. Contoh:
  • anak emas-anak emas
  • tandatangan-tandangan

PENGGUNAAN  PENANDA JAMAK 
  • Semua,  banyak, sekumpulan, para.
  • Semua  guru besar bukan semua guru-guru besar
  • Mereka bukan mereka-mereka
  
PENGIMBUHAN  KATA MAJMUK 
  • Kata  gabung berimbuhan awalan atau akhiran.   Contoh:
  • bercampur aduk
  • daya serapan
  • mengambil alih
     
PENGIMBUHAN  KATA MAJMUK
 
  • Kata  gabung berimbuhan apitan. Contoh:
  • pengambilalihan
  • mengehaknegarakan
  • ketidakstabilan

4. KATA GANDA  
  • Kata  yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi  kata dasar sama ada kata ganda tersebut  diulang secara keseluruhan atau pada bahagian  tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa  imbuhan.  Contoh:
  • kanak-kanak, rumah-rumah.
  
Penggandaan  penuh 
  • Ayat-ayat
  • Kereta-kereta
  • Bunga-bungaan
  • Kementerian-kementerian
  • Setiausaha-setiausaha
  
Penggandaan  separa 
  • Lelangit
  • Lelaki
  • Pepohon
     
Penggandaan  berentak 
  • Sayur-mayur
  • Warna-warni
  • Saudara-mara
  •  
Awalan  Kata Nama 
  • PeN-
  • Pe-
  • PeR-
  • Ke-
  • Juru-

Awalan  PeN- 
  • Pe- bergabung  dengan huruf-huruf m,n,ny,r,l dan w.
  • Contoh:
  • Penyanyi
  • Pelayan
  • pewang 
P,  T, K dan S 
  • Huruf  pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan  menjadi bentuk sengau.
  • Pukul - pemukul
  • Takut - penakut
  • Karang - pengarang
  • Sayang - penyayang

PeN-  menjadi pem- 
  • Kata  dasar bermula dengan huruf b, dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
  • Contoh: baca menjadi pembaca. Boikot menjadi pemboikot, veto menjadi pemveto, fatwa menjadi pemfatwa, blok menjadi pemblok, dan proses menjadi pemproses.

PeN  – menjadi pen 
  • Kata  dasar bermula dengan huruf d, c, j sy, dan z dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. Contoh:
  • dapat - pendapat
  • curi  - pencuri
  • jaja  - penjaja
  • syarah - pensyarah 
  • tauliah - pentauliah
  • swasta - penswasta
  
PeN-  menjadi peng- 
  • Kata  dasar bermula dengan huruf g, kh dan h dan a, e, i o, u. Hadir juga bentuk-bentuk pengecualian yang kata dasar bermula dengan huruf k. Contoh:
  • gulung - penggulung
  • khianat - pengkhianat
  • elak - pengelak 

 
Kata  pinjaman 
  • kabul - pengkabul
  • katalog - pengkatalog
  • kategori - pengkategori
  • kritik  - pengkritik
  •  
Kekecualian 
  • Kata  dasar kaji – pengkaji.
  • Catatan:   Kata kaji bukan kata pinjaman. Tujuannya untuk membezakan dengan kata pengaji.

Peng-  menjadi penge- 
  • Apabila  bergabung dengan kata dasar bereka suku  kata. Contoh:
  • bom - pengebom
  • cat  - pengecat
  • had - pengehad 


Pe-  digabungkan dengan kata  dasar tanpa melibatkan  perubahan bunyi. 
  • Pe + sakit - pesakit
  • Catatan:Sebagai perbezaan makna antara kata terbitan berawalan pe- dengan kata terbitan berawalan peN-.
  • peN- + sakit - penyakit
  
Awalan  peR- 
  • Pada  kata dasar jenis kata nama dan kata  kerja tanpa melibatkan perubahan bunyi pada  awal kata dasar.  Contoh:
  • Per  + asap   àperasap
  • Per + buru   àperburu

Awalan  ke- dan juru- 
  • Tanpa  melibatkan perubahan bunyi.  Contoh:
  • Ke  + kasih  àkekasih
  • Juru + tari   àjurutari

Apitan
 
  • Ke-…-an
  • Pe-…-an
  • PeN…-an:pem-…-an,pen-…-an,peng-…-an,penge-…-an, peny-…-an.
  • PeR-…-an:pe-…-an, per-…-an.
  
Sisipan
 
  • -el   àtelunjuk
  • -em  àgemuruh
  • -er  àkerlip
  • -in  àsinambung

Imbuhan  Rangkap 
  • mempeR-:
    memperisteri,  mempersuami, memperbesar.
sdipeR-:
    diperalat.  
sterpeR-:
    terperinci.
 



Imbuhan  Awalan 
  • Maha,pra-,swa-tuna-eka-dwi-,tri-panca.Contoh:
  • Tunanetra, tunakarya. Swalayan, pramusaji.
Penulisan  Kata 
  • Kata  berawalan
  • Kata majmuk
  • Kata ganda
  • Kata nama
  • Kata ganti nama diri singkat
  • Kata bilangan/angka
  • Singkatan

Pembentukan  Kata 
  • Imbuhan:
    • Awalan
    • Akhiran
    • Apitan
    • Imbuhan pinjaman
    • Akronim

Kueja  betul, bahasaku terampil 
 
  • Pokok  kari di tepi pekan,
  • Lebah bersarang di hujung pohon;
  • Ilmu kuberi harap dimanfatkan,
  • Andai terkurang maaf kumohon.

Betulkan  jika perlu: 
  • Dia yakin  bahawa rakyat di negara itu akan menyatupadu.
  • Melaka terkenal dengan bukit yang mereka mengenalikan sebagai Bukit China.
  • Pelajar itu gagal dalam akauntasi kerana dia tidak berminat dengan subjek tersebut.
  • Haslina melapor berita dari London.



sintaksis



§         Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
§         Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
§         Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
§         Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
§         Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
§         Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),  frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
§         Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.
 
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad
mengulangkaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu
ke sekolah
Frasa Nama
Frasa Sendi Nama
FN + FS
Fatimah
amat rajin
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN + FA
Ah Chong
seorang usahawan
Frasa Nama
Frasa Nama
FN + FN

Frasa
§         Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
§         Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
§         Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
§         Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.


Binaan Ayat
  • Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
  • Perhatikan contoh di bawah:

Subjek
Subjek
Bah. Ayat
Unsur
Bah. Ayat
Unsur
Ah Tian

guru senaman

Tipah

membeli gula

Suara ketua pengawas itu

serak-serak basah

Munainady

menoreh getah


  • Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
  • Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku.

  • Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
  • Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
  • Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar
  • Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
  • Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
  • Lihat contoh berikut:
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Jamilah
pengurus sumber manusia
Frasa Nama
Frasa Nama
FN+FN
Atan
budak pandai
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN+FA





BAHAN BIDANG ILMU LAIN



pendidikan seni visual


 
pendidikan jasmani dan kesihatan

Minuman bergas jejas kesihatan
Ibu bapa bimbang penjualan di sekolah


KUALA LUMPUR: Minuman berkarbonat didapati dijual secara berleluasa di kantin atau mesin layan diri sekolah atas jenama minuman bertenaga walaupun penjualannya dilarang kerana kandungan gula dan gas berlebihan boleh menjejaskan kesihatan murid.

Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Chin Yit Siew, berkata pengambilan berlebihan minuman bertenaga boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya kencing manis dan obesiti.
Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa atau penjaga melarang anak mereka mengambil minuman berkenaan bagi mengelak kesihatan mereka terjejas. “Setiap jenama minuman berkarbonat atau minuman bertenaga mempunyai kadar gula yang berbeza, dengan ada pada tahap rendah dan tinggi.

“Fakta saintifik mendapati minuman ini memang tidak sesuai diminum pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ibu bapa mengenai penjualan air berkarbonat berstatus minuman bertenaga di kantin dan mesin layan diri di sekolah.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan minuman itu dibenarkan penjualannya di kantin dan mesin layan diri di sekolah.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan ibu bapa kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anak mereka. Kandungan gula dalam setiap tin minuman bertenaga ialah 6.8 gram bagi setiap 325 mililiter.

Bagaimanapun, jumlah kandungan gula dalam setiap tin minuman berkarbonat 325 mililiter ialah 11 gram.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman mendakwa sehingga kini tidak ada sebarang ketetapan daripada Kementerian Kesihatan mahupun Kementerian Pelajaran mengenai larangan menjual minuman berkarbonat jenama minuman bertenaga.

Beliau berharap perkara ini diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana dikhuatiri pengambilan minuman berkenaan secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan pelajar.

“Keadaan ini membimbangkan dan kementerian perlu membuat ketetapan mengenai status minuman berkarbonat yang didakwa memberi tenaga tambahan,” katanya.

Mengulas mengenainya, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata minuman bertenaga tidak seharusnya dijual di sekolah atau koperasinya jika ia terbukti menjejaskan kesihatan pelajar.

“Kita mengutamakan kesihatan pelajar. Sudah tiba masanya untuk membuat keputusan sama ada minuman itu sesuai atau sebaliknya. Jika fakta mendapati ia menjejaskan kesihatan, penjualannya perlu dihentikan segera,” katanya.

Baru-baru ini, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM), Roslan Madun, mengakui ada pengusaha kantin menjual menjual makanan tidak berkhasiat dan minuman berkarbonat serta tidak mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pelajaran.