(1) GOOGLE
http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm#Teknik%20Membaca%20KWLH
Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;mengingat dahulu apa yang telah diketahui membayangkan atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya) Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
Know (K) Apa yang sudah diketahui? | Want (W) Apa yang hendak diketahui? | Learned (L) Apa yang telah dipelajari/diperoleh? | How (H) Apa lagi maklumat tambahan diperlukan? |
| | | |
(2) YAHOO
http://maribelajar.forumotion.com/bahasa-malaysia-f19/nota-tatabahasa-t675.htm
KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat
(3) MSN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
(4) ALTAVISTA
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kganda.htm
Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.Kata ganda ialah kata yang
terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-
bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.
Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. 2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja,
dan kata keterangan.
Contoh :
Gandaan kata nama | Gandaan Kata kerja | Gandaan Adjektif /sifat |
buku-buku lembu-lembu murid-murid kawan-kawan | baring-baring pandang-pandang jalan-jalan usik-usik | manis-manis besar-besar awal-awal bulat-bulat |
sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.
(5) METACRAWLER
http://www.tutor.com.my/stpm/imbuhan%20kata%20kerja/imbuhan_kata_kerja.htm
Imbuhan kata kerja
Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja seperti berikut:
gemerlap -------> bergemerlap
selereak----------> berselerak; menyelerakkan
Contoh imbuhan pada awalan
Akhiran | varian | contoh perkataan |
beR- | be- | bekerja |
bel- | belajar | |
ber- | berkawal, berhasrat, berziarah | |
meN | me- | melawat, merasa |
mem- | memberi, memproses | |
meng- | mengelak, menggali, menghabiskan | |
menge- | mengebom, mengetin, mengelupur, mengesahkan | |
di- | di- | dipukul, dibaca |
mempeR- | memper- | memperbaharu, memperhamba, memperluas, memperdalam |
dipeR- | diper- | diperbaharui |
teR- | te- | terasa, terasuk, terombak |
ter- | terminum, terpisah, tercarut |
(6) LYCOS
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_dasar
Kata dasar dalam bidang linguistik ialah sebahagian perkataan. Bagaimanapun, istilah ini telah digunakan dengan makna-makna yang sedikit berbeza. Dalam satu penggunaan, "kata dasar" ialah bentuk yang imbuhan dapat dibubuh.[1] Justera, dalam penggunaan ini, perkataan Inggeris, friendships, mengandungi kata dasar friend yang imbuhan -ship telah dibubuh untuk membentuk kata dasar yang baharu, iaitu friendship. Akhiran fleksi, -s, kemudian boleh dibubuh. Dalam suatu kelainan penggunaan ini, akar kata untuk perkataan ini (misalnya, friend) tidak diambil kira sebagai kata dasar.
Dalam suatu penggunaan yang sedikit berbeza dan yang digunakan dalam bahagian rencana ini yang berikut, sesuatu perkataan mempunyai satu kata dasar tunggal, iaitu satu bahagian perkataan yang sepunya untuk semua kelainan fleksi.[2] Justera, dalam penggunaan in, semua imbuhan merupakan sebahagian kata dasar, misalnya, kata dasar untuk friendships ialah friendship, dengan imbuhan fleksi -s dibubuh.
Kata dasar bukan sahaja boleh merupakan akar kata, misalnya, run dalam bahasa Inggeris, tetapi ia juga dapat bersifat kompleks daripada segi morfologi seperti kata majmuk (misalnya, kata nama majmuk "kereta api" atau "antarabangsa") atau perkataan dengan morfem terbitan (misalnya, kata kerja terbitan, "melembing" dan "memiawaikan"). Oleh itu, kata dasar untuk kata nama Inggeris yang kompleks, photographer, ialah photo·graph·er, dan bukan photo. Akar kata untuk bentuk kata kerja Inggeris, destabilized ialah stabil-, satu bentuk stable yang tidak dapat wujud bersendirian. Kata dasar de·stabil·ize merangkumi imbuhan de- dan -ize, tetapi tidak merangkum akhiran kala lampau fleksi, -(e)d, iaitu kata dasar ialah sebahagian perkataan yang imbuhan dibubuh.
Penggunaan perkataan "kata dasar" yang tepat bergantung kepada morfologi sesuatu bahasa. Misalnya, dalam linguistik Athabaska, kata dasar kerja ialah akar kata yang tidak boleh wujud secara sendirian dan yang menyampaikan nada perkataan itu. Kata kerja Athabaska biasa mempunyai dua kata dasar dalam analisis ini, dengan setiapnya didahului oleh awalan.
(7) ASK
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/khubung.htm
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh | Ayat Contoh |
agar | Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. |
apabila | Mukanya pucat apabila disoal. |
atau | Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. |
bahawa | Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. |
dan | Leela dan Siu Lan berjiran. |
hingga | Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. |
Jika | Saya berpayung jika hujan. |
Jikalau | Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. |
kecuali | Semua murid Nadir kecuali Gopal. |
kerana | Aini menangis kerana terlalu sedih. |
lalu | Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. |
manakala | Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. |
sambil | Zalifah bernyanyi sambil menari. |
serta | Zahid serta abangnya menonton wayang. |
semenjak | Saya berkawan dengannya semenjak kecil. |
sementara | Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. |
sungguhpun | Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. |
supaya | Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai. |
walaupun | Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU. |
tetapi | Badannya besar tetapi penakut. |
(8) HOTBOT
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjodoh_bilangan
Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.
Definisi dan contoh
Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Sesuatu bahasa boleh memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya, dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan untuk mengira bilangan orang, tanpa mengira apa peranan mereka:tiga orang pelajar
tiga orang guru
Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasuk bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara, bahasa-bahasa Austronesia, dan bahasa-bahasa Maya.
(9) AOL
http://www.scribd.com/doc/38524899/MORFOLOGI-BAHASA-MELAYU
Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata.Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi,terbitan, dan pemajmukan. Hockett ( 1958 ) mendefinisikan morfologi sebagai unsur terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. Kajian tentang morfologi bermula di Eropah pada awal kurun ke-19.
(10) DOGPILE
http://portalbahasamelayu.fateback.com/ayat_perintah.htm
Ayat Perintah
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut:
i) Ayat suruhan
ii) Ayat larangan
iii) Ayat silaan
iv) Ayat permintaan
i) Ayat Suruhanii) Ayat larangan
iii) Ayat silaan
iv) Ayat permintaan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan
dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
ii) Ayat Larangan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat larangan ialah ayat yang
menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja
dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
iii) Ayat Silaan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat silaan ialah ayat yang menggunakan
kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau
mempersilakan seseorang.
iv) Ayat Permintaan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat permintaan ialah ayat yang
menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon
permintaan atau pertolongan.