Sunday 17 April 2011

SEKAPUR SIREH

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara
.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
  Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan rahmatnya saya dapat menyempurnakan tugasan BMM 3105 ini. Blog ini tercipta untuk saya berkongsi maklumat daripada tajuk - tajuk yang terdapat dalam profoma BMM 3105 yang telah dimuat turun daripada internet. 
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer banyak membantu saya meningkatkan ilmu pengetahuan ICT.  Saya sebagai bakal  guru perlu mahir menggunakan komputer supaya apabila di sekolah nanti saya tahu menggunakannya serta dapat membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Penggunaan komputer semasa sesi pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung dapat memudahkan kerja seseorang guru itu.
Akhir kata, saya mengucapkan jutaan  terima kasih kepada pensyarah pembimbing kursus BMM 3105 iaitu Encik Mohd Aris Bin Anis serta rakan - rakan seperjuangan iaitu 3 PISMP BM / PJ / PSV kerana banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.