Memuat turun daripada internet bahan - bahan audio seperti bunyi - bunyi binatang, bunyi kenderaan, bunyi alam semulajadi dan lain - lain ; grafik seperti gambar - gambar yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, teks yang sesuai untuk murid - murid sekolah rendah dan video yang menarik perhatian murid - murid semasa guru mengajar.


buah - buahan
perayaan tahun baharu cina
animasi burung
murid - murid dalam kelas

Tajuk : Ayah Saya
Ayah adalah ketua dalam keluaga oleh itu kita mestilah menghormati dan menyanjungi beliau.
Ayah saya bernama Syed Abdullah Bin Syed Zain.Beliau berumur 48 tahun.Beliau di lahirkan pada 3/6/1961.Beliau di lahirkan di Lorong Gajah Mati.Ayah saya bekerja sebagai jurutera di Tenaga Nasional Berhad.
Ayah saya seorang yang segak,seorang yang tinggi lampai dan pandai bergaya.kulit ayah saya berwarna putih kuning.
Ayah seorang yang baik,berbudi bahasa dan peramah.Ayah seorang yang tegas tetepi baik walaupun ayah bekerja tetapi ayah tidak pernah mengabaikan tugas sebagai seorang ayah.
Hobi ayah saya ialah mencucui kereta dan membaiki kereta.Makanan kegemaran ayah saya ialah nasi lauk kambing manakala minuman kegemaran ayah saya pula jus kurma.Bagi saya ayah saya seorang yang istimewa kerana ayah selalu memenuhi permintaan saya dan adik beradik saya yang lain.
Saya akan sering berdoa agar ayah saya dipanjangkan umur dan nanti saya besar saya akan membalas semua jasa baik ayah saya.
=========================================================
Tajuk: Punca - Punca Bencana Alam
Sejak kebelakangan ini, banyak bencana alam telah berlaku. Antaranya ialah tanah runtuh,banjir,kebakaran hutan dan hujan asid. Faktor utama yang mengakibatkan bencana alam kebanyakkan disebabkan oleh kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Salah satu sebab bencana alam berlaku adalah kerana manusia tidak menghiraukan alam sekitar. Manusia menebang pokok untuk mendirikan bangunan. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan, pernerbangan pokok juga menyebabkan tanah runtuh.
Tambahan pula, sungai telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh pihak kilang-kilang tanpa menghiraukan kesan-kesannya. Membuang sampah ke dalam sungai akan mengakibatkan air tersumbat, semasa hujan diturun dengan lebat , air di sungai akan meluap dan menyebabkan banjir.
Di samping itu, kenderaan yang membebaskan asap hitam yang mengandungi gas karbon monoksida mengakibatkan kepanasan global. Hal ini menyebabkan kita berasa panas walaupun pada waktu malam. Oleh sebab itu, suhu yang tinggi selalu mengakibatkan kebakaran.
Selain itu, kegiatan pertanian mengguna baja yang banyak menyebabkan hujan asid. Pembakaran terbuka bungkusan plastik baja akan menghasilkan gas nitrogen. Hujan asid bukan sahaja menjejas kesihatan manusia, ia juga mempercepatkan hakisan bangunan.
Bencana alam bukan sahaja merosakkan harta benda malah membawa kehilangan nyawa. Dengan demikian, kita mestilah bersikap bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar di negara supaya kejadian buruk ini tidak berulang dan mudah berlaku.
=========================================================
Tajuk: Faedah Membaca
Membaca merupakan amalan yang banyak memberi fadeah.Oleh itu,sikap gemar membaca seharusnya dijadikan amalan oleh setiap orang.Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca ialah surat khabar , majalah,buku rujukan dan sebagainya.
Melalui pembacaan surat khabar dan majalah , murid-murid dapat menambahkan pengetahuan tentang perkembangan semasa di dalam dan di luar negara.hal ini demikian kerana surat khabar dan majalah memuatkan pelbagain berita semasa seperti ekonomi , pendidikan dan sebagainya.
Selain itu, murid-murid akan peka terhadap perkembangan sains dan teknologi melalui pembacaan buku-buku cereka sains.
Seorang murid yang banyak membaca dapat memperbaiki dan menguasai bahasa dengan baik.Penguasaan murid dalam bidang tatabahasa dapat dipertingkatkan.
Murid-murid yang banyak membaca juga tidak mudah terpengaruh oleh gelaja negatif dan mereka akan berfikiran matang dan bernas.
Kesimpulanya,murid-murid yang suka membaca dapat memajukan diri sendiri , bangsa dan negara.
=========================================================
Tajuk: Berita Kemalangan Jalan Raya
SKUDAI, Sabtu-Sebuah kemalangan ngeri telah berlaku jam 11 malam semalam yang melibatkan sebuah lori balak,sebuah motosikal dan sebuah kereta Naza Ria.Kemalangan itu telah mengorbankan 2 nyawa.
Pemandu lori disyaki lalok kerana terdapat dadah di dalam air kencingnya setelah ujian air kencing dijalankan.Penunggang motosikal pula dipercayai mabuk manakala pemandu kereta dikatakan sedang berbual melalui telefon sambil membawa kereta.
Erma,32(pemandu kereta)terkorban di tempat kemalangan.Mangsa yang cuba untuk mengambil telefonnya yang terjatuh terkejut apabila melihat sebuah lori menuju ke arahnya dari arah bertentangan.Lebih mengerikan apabila cermin kereta mangsa pecah dan serpihan-serpihan kaca masuk ke dalam mata dan kepalanya menyebabkan mangsa kehilangan darrah yang banyak.Darah mangsa juga terpercik keluar.
Ng Hi Rau,20(penunggang motosikal)meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.Motosikal mangsa dikatakan terperosok ke bawah lori.Hampir 3 jam masa yang diambil untuk mengeluarkan mangsa.Darahnya berlumuran di atas jalan raya dan tulang paha mangsa terkeluar dari kakinya.
Roh Rajan,54(pemandu lori)hanya cedera di kepala dan patah tangan kerana tersepit.Pemandu lori itu akan disiasat setelah mangsa pulih nanti.Kayu-kayu balak juga dikatakan berselerak di atas jalan raya.
Pihak berkuasa berpesan agar semua pengguna jalan lebih berhati-hati di musim perayaan ini kerana malang tidak berbau.

0 comments:
Post a Comment